Wednesday, December 25, 2013

Majlis Anugerah Rukun Tetangga Cemerlang Peringkat Negeri Johor 2013 Pada 23/12/2013

Objektif majlis anjuran JPNIN Negeri Johor yang diadakan di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru bertujuan memberi penganugerahan kepada KRT yang cemerlang sepanjang tahun 2013.  Majlis dirasmikan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.  Turut hadir ialah YBhg. Dato' Azman @ Amin bin Hassan, Ketua Pengarah JPNIN Malaysia.

Tahniah kepada RT yang telah memenangi anugerah tersebut dalam pelbagai kategori.

Pengerusi telah hadir ke majlis ini dan menerima pentauliahan sebagai Mediator Komuniti Peringkat Negeri Johor. 

Kumpulan Ghazal memeriahkan majlis makan malam
Pengerusi menerima tauliah Mediator Komuniti Negeri Johor
Pengerusi bergambar dengan Ketua Pengarah JPNIN Malaysia
Tidak lepas peluang bergambar dengan YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Gambar sekitar penginapan di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru


Monday, December 9, 2013

Mesyuarat Penyelarasan dan Pelantikan Jawatankuasa Rukun Tetangga Pada 04/12/2013

Pejabat Perpaduan Daerah telah mengarahkan mesyuarat tersebut diadakan bagi menyelaras pelantikan jawatankuasa semua RT di Negeri Johor sebelum berakhir Disember 2013.

Bagi menyahut arahan tersebut, KRT kami telah bersetuju mengadakan mesyuarat pada 04/12/2013.  Puan Rafidah binti Haji Suboh, wakil Pejabat Perpaduan Daerah telah mempengerusikan mesyuarat dan SM Muhd Maslan, Ketua Polis Balai Jementah turut hadir memberi sokongan.  Alhamdulillah... kehadiran ahli memuaskan...

Monday, December 2, 2013

Majlis Aqiqah & Kesyukuran Untuk Anak Encik Hamdan Morsidi (Setiausaha) Pada 01/12/2013

Alhamdulillah... majlis yang dirancang telah selamat diadakan.  Seperti biasa, persiapan secara bergotong royong... memasang kanopi, menyediakan makanan dan lain-lain dapat disediakan seadanya berkat kerjasama sanak saudara beliau, Ahli KRT/SRS dan penduduk Taman Harmoni.