Saturday, May 18, 2013

Program Sinarnita: Kursus Home Made Chocolate Pada 11/05/2013

Ooooo...aaaaaa...a'aaa la...la senang rupanyaaa.... itulah perkataan yang terkeluar daripada mulut para peserta yang tidak menyangka 'home made' coklat rupanya tidak sesusah yang disangka.  Bahan-bahannya semua sudah sedia ada dijual, tinggal membelinya saja... tak payah nak bancuh sendiri macamana nak cara nak buat coklat yang sebetulnya...

KRT Taman Harmoni berusaha membawa seorang tenaga pengajar dari Kolej Komuniti Segamat iaitu Puan Masria binti Ahmad Sayuti untuk mengajar kami membuat coklat.  Dengan penyertaan peserta yang terhad, ternyata ianya berbaloi untuk dijadikan aktiviti kaum wanita di hari minggu.

Sesi pendaftaran peserta
 


 


Khusyuk dengar Cikgu Masria terangkan bahan-bahan coklat
 


Coklat yang dikacau tak boleh termasuk air... nanti tak jadi..
 



Masukkan coklat dalam acuan
 

 







 


Inilah hasilnya.. cubaan pertama...