Permulaan hari yang cerah...syukur dapat meneruskan agenda seterusnya iaitu membuat Biskut Blueberry Cheese Tart. Berkongsi resepi, berkongsi segalanya dalam menyiapkan biskut...ada yang cepat bosan, ada yang bersahaja, ada yang tidak sabar,,, macam-macam rasa buat biskut raya ni... Tapi alhamdulillah...selesai juga akhirnya... boleh tersenyum lebar..
Wednesday, July 31, 2013
Program Jom Kacau Bubur Lambuk & Jom Berbuka Puasa Pada 27/07/2013
Alhamdulillah, dengan izinNya KRT dapat meneruskan program ini untuk kesekian kalinya. Program tidaklah sehebat mana tapi yang penting kerjasama semua ahli menjayakannya amatlah dipuji. Seperti biasa, kami tidak menjanjikan kehadiran ratusan atau ribuan orang, Konsep kami adalah sederhana dalam segala apa jua pelaksanaan program.
Sunday, July 14, 2013
Perjumpaan Khas Aktiviti Jawatankuasa KRT Pada 05/07/2013
Perjumpaan seperti biasa dibuat secara santai diadakan bagi membincangkan program untuk bulan Julai - Ogos 2013.
Kursus Kemahiran Proses Mediasi Komuniti 20 Langkah Zon Semenanjung 2013 Tahap 1 - 4
Pengerusi KRT/SRS iaitu Encik Said bin Dis telah terpilih menghadiri kursus ini bagi seluruh Daerah Segamat pada:
Tahap 1 : 08 - 11 Mac 2013 di Hotel Regency, Kuala Lumpur
Tahap 2 : 05 - 08 April 2013 di Hotel Excelsior, Ipoh
Tahap 3 : 14 - 17 Jun 2013 di Hotel Hang Tuah World Herritage, Melaka
Tahap 4 : 28 Jun - 01 Julai 2013 di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur
Kursus anjuran Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya ini di bawah bimbingan YBhg. Dato' Dr. Wan Abdul Halim bin Othman dari JPNIN, Putrajaya.
Objektif kursus:
* Memberi pengetahuan dan pendedahan kepada pegawai-pegawai pembimbing dan AJK Rukun Tetangga mengenai mediasi;
* Melatih pegawai dan AJK Rukun Tetangga menjadi pembimbing (mediator) untuk merangsang kata sepakat dalam penyelesaikan konflik;
* Mewujudkan pegawai yang terlatih dalam proses mediasi dan menjadi mediator yang cekap.

Suasana waktu malam yang diambil dari Hotel Regency, Kuala Lumpur |
Pemandangan yang diambil dari bilik Hotel Brisdale, Kuala Lumpur |
Subscribe to:
Posts (Atom)