Monday, August 5, 2013

Program Berkampung dan Pembahagian Tugas Sempena Majlis Perkahwinan Cik Mardiyana Ibrahim Pada 03/08/2013

Program yang dipengerusikan oleh Encik Said bin Dis, Pengerusi KRT telah mengambil pendekatan mudah dengan melantik terus ahli dan memberi agihan tugas masing-masing tanpa perlu membuang masa.  Walaupun ia satu pembaharuan yang belum pernah dilakukan setakat ini, pelantikan terus ini memudahkan ahli mengetahui tugas-tugas yang akan dijalankan oleh mereka.  Konsep perpaduan iaitu pilih yang mudah telah banyak memberi pengajaran dan kesedaran dalam kehidupan bermasyarakat...tak mudah nak menjaga hati semua pihak...lakukan mana yang terdaya dan yang penting MUDAH dalam segala sudut...



 

Program Uli-Uli Kuih Raya Famili RT Pada 04/08/2013

Program kali ketiga ini buat Biskut Telur Semut, Rempeyek dan Kuih Ros...ha...tiga sekaligus...mujur ramai yang membantu... terima kasih semua yang terlibat kerana mewujudkan silaturrahim seperti ini... seronok rupanya buat kuih raya beramai-ramai...










Program Uli-Uli Kuih Raya Famili RT Pada 02082013

Program uli-uli kuih raya untuk kali kedua dengan resipi Biskut Chip Nut Nestum.  Teruk kena kata pasal biskut yang ni... Biskut yang simple sebenarnya tapi sedap dimakan...