Monday, November 25, 2013

Mesyuarat Khas Aktiviti KRT Pada 25/11/2013

Mesyuarat diadakan di Pos KRT/SRS Taman Harmoni bagi membincangkan Majlis Aqiqah & Kesyukuran untuk anak ahli, Encik Hamdan bin Morsidi (Setiausaha) pada 01 Disember 2013 (Ahad) di rumah beliau.

Alhamdulillah, mesyuarat berjalan dengan lancar dan segala perbincangan dipersetujui sebulat suara.  Pembahagian tugas yang disenaraikan mendapat sokongan semua...itulah amalan perpaduan... memudahkan semua perkara...jangan menyusahkan...

  
\

Sunday, November 24, 2013

Program Santai Famili RT Pada 21/11/2013

Santai sambil makan-makan dan bertukar-tukar pandangan... itulah konsep yang diamalkan ahli RT di samping mengeratkan silaturrahim...

Kali ini, Encik Ismail Sembol menjadi tuan rumah bagi program tersebut... makan nasi putih, ayam kampung + sayur nangka masak lemak cili api, sambal goreng dan bermacam lagi hidangan menyelerakan semua yang hadir...


Karnival My3L di Shah Alam Convention Centre (SACC) Pada 16/11/2013

Sekali lagi KRT dijemput pihak Kolej Komuniti Segamat menghadiri Karnival My3L Peringkat Kebangsaan di SACC Pada 16/11/2013 (Sabtu).  Alhamdulillah...penyertaan daripada ahli menggalakkan.  Gembira...teruja dan macam-macam rasa bila dah sampai...apa taknya naik bas free... sampai di SACC lebih kurang jam 12.30 tengah hari.

Bila tiba aje... tengok ramainya pengunjung... terlepas majlis perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri tapi TPM masih ada, sedang melawat setiap booth... Macam-macam inovasi dan kemahiran yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar Kolej Komuniti khasnya dan lain-lain IPT/agensi luar yang turut serta.  Bukan itu sahaja, pengunjung turut diberi peluang mencuba berbagai jenis kraftangan, seni ukiran dan lain-lain di samping mendapat cenderamata sebagai tanda penghargaan.  Tidak mengecewakan apabila dapat peluang sebegini...

Jam 2.30 petang, berbincang destinasi seterusnya... ada yang nak pergi Nilai dan ada yang nak pergi i-City...akhirnya i-City jadi pilihan.  Berposing sakan...






Majlis Sambutan Hari Lahir Cucu Ahli Pada 10/11/2013

Meriah dengan kehadiran tetamu kecil hingga dewasa pada hari lahir cucu Encik Engaliman yang diadakan pada 10 November 2013 (Ahad).  Kanak-kanak adalah insan yang paling gembira... dibekalkan goodies dan topi kertas untuk turut merasai hari bersejarah menyambut ulangtahun cucu beliau.