Monday, March 24, 2014

Langkawi Oh Langkawi...Kami Datang! Pada 20-23/03/2014

Syukur alhamdulillah...program yang dirancang selama tiga bulan telah menjadi kenyataan.  Semua menghitung hari... tak sabar menanti tarikhnya.  Sehinggalah malam 20/03/2014, kami bergerak dari Taman Harmoni jam 10.30 malam.  Solat Subuh di Seberang Perai... sarapan pagi di Changlun... terus ke Padang Besar tepat jam 10.00 pagi... kebanyakan kedai baru nak buka... sempat juga mini shopping... keluar dari Padang Besar jam 12.00 tengah hari... meneruskan perjalanan... Solat Jumaat di Kangar... makan tengah hari dalam perjalanan ke Jeti Kuala Perlis...

Ahli-ahli RT dengan rasa bangganya menjejakkan kaki di bumi Langkawi pada 21/03/2014 menaiki feri jam 3.00 petang... terus ke Hotel Langkasuka...

dalam perjalanan ke jeti...
menunggu feri...

dalam feri..
turun dari feri..


Majlis Doa Selamat di Rumah Encik Azman Pada 11/02/2014

Posing tuan rumah...Leza



Mini Maulud Famili RT Pada 10/02/2014

Alhamdulillah... dengan usaha beberapa jawatankuasa, Mini Maulud yang ringkas dapat diadakan di Pos 2 SRS, Jalan Aman 5.  Terima kasih kepada yang telah memberi kerjasama sehingga berjaya mengadakan majlis serba ringkas tapi penuh makna bagi bulan Rabi'ul Awal.