Ahli Jawatankuasa KRT turut dijemput menghadiri mesyuarat tersebut bagi memilih jawatankuasa baru masjid sesi 2014/2015 jam 9.00 malam. Walaupun kurang sambutan, namun mesyuarat berjalan dengan lancar dengan kehadiran Penyelaras Masjid Daerah Segamat dan dipengerusikan oleh Haji Juman bin Haji Mistam, Penyelaras Masjid Mukim Jementah.
Sunday, October 27, 2013
Program Seminar Keselamatan Kejiranan di Bawah Pelaksanaan Aktiviti Keselamatan Komuniti SRS Peringkat Daerah Segamat 2013 Pada 06/10/2013
KRT telah dijemput menghadiri program tersebut yang diadakan pada 06/10/2013 (Ahad) jam 8.30 malam di Dewan Serbaguna Perumahan Rakyat, Labis. Setiap KRT diminta menghantar wakil seramai lima (5) orang.Ahli SRS dengan memakai vest berserta rotan bagi menjalankan rondaan jam 12.00 malam.
Enam (6) orang wakil KRT Taman Harmoni, Kg. Sg. Siput, Jementah telah hadir iaitu:
Enam (6) orang wakil KRT Taman Harmoni, Kg. Sg. Siput, Jementah telah hadir iaitu:
- Encik Said bin Dis, Pengerusi
- Encik Hamdan bin Morsidi, Setiausaha
- Encik A. Rumzi bin Sana, Ahli
- Encik Ismail bin Sembol, Ahli
- Encik Hazehar bin Jaffar, Ahli
- Puan Masitah binti Basri, Ahli
Mesyuarat Jawatankuasa Mediator Komuniti Negeri Johor Pada 06/10/2013
Pengerusi yang berjawatan Setiausaha dalam Jawatankuasa Mediator Komuniti Negeri Johor telah menghadiri mesyuarat tersebut pada 06/10/2013 jam 3.00 petang di Pandan City, Johor Bahru.
Thursday, October 24, 2013
Jemputan Taklimat Penubuhan KRT Pada 05/10/2013
Pengerusi telah menerima jemputan daripada pihak Jawatankuasa Penaja untuk menghadiri program tersebut yang diadakan pada 05/10/2013 jam 9.00 malam di Balai Raya Kg. Sungai Siput, Jementah. Taklimat telah diberi oleh Puan Rafidah binti Haji Suboh, wakil dari Pejabat Perpaduan Daerah Segamat.
Jawatankuasa Penaja yang diketuai oleh Encik Shahrizam bin Shahron bercadang menubuhkan KRT yang merangkumi kawasan Kg. Kubu Dedap, Kg. Sg. Siput dan Taman Dedap, Jementah. Alhamdulillah, kehadiran penduduk yang memberi sokongan amatlah memberangsangkan. Semoga mereka berjaya.

Subscribe to:
Posts (Atom)