Sunday, October 27, 2013

Program Seminar Keselamatan Kejiranan di Bawah Pelaksanaan Aktiviti Keselamatan Komuniti SRS Peringkat Daerah Segamat 2013 Pada 06/10/2013

KRT telah dijemput menghadiri program tersebut yang diadakan pada 06/10/2013 (Ahad) jam 8.30 malam di Dewan Serbaguna Perumahan Rakyat, Labis.  Setiap KRT diminta menghantar wakil seramai lima (5) orang.Ahli SRS dengan memakai vest berserta rotan bagi menjalankan rondaan jam 12.00 malam.

Enam (6) orang wakil KRT Taman Harmoni, Kg. Sg. Siput, Jementah telah hadir iaitu:
  1. Encik Said bin Dis, Pengerusi
  2. Encik Hamdan bin Morsidi, Setiausaha
  3. Encik A. Rumzi bin Sana, Ahli
  4. Encik Ismail bin Sembol, Ahli
  5. Encik Hazehar bin Jaffar, Ahli
  6. Puan Masitah binti Basri, Ahli
Program dirasmikan oleh Encik Rajali bin Mudin, Pengarah JPNIN Johor.  Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat dan pegawai-pegawai dari Pejabat Perpaduan Daerah Segamat.